Pulau Tioman adalah satu pulau yang kecil di negeri Pahang. Ianya terletak sejauh 32km dari pantai barat negeri Pahang dan berukuran 20km panjang serta 12km lebar. Sebahagian besar pulau ini terdiri daripada hutan tebal dan di dalam lautannya kaya dengan khazanah laut terumbu karang yang menjadikan Pulau Tioman sebagai lokasi popular kepada penyelam serta mereka yang meminati aktiviti snorkeling. Sekitar tahun 70an, TIME Magazine pernah menobatkan yang Pulau Tioman merupakan salah satu daripada pulau tercantik di dunia. Tidak hairanlah ramai pengunjung dalam dan luar negara ramai yang berkelah serta memilih Pulau Tioman ini sebagai salah satu lokasi percutian mereka.
Pulau Tioman boleh di akses melalui 2 jeti, iaitu Jeti Mersing, Johor dan juga di Jeti Tanjung Gemuk, Pahang dengan menaiki bot atau feri. Selain daripada pengangkutan laut, anda juga boleh menggunakan pengangkutan udara ke Pulau Tioman daripada Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Kuala Lumpur dan juga Lapangan Terbang Antarabang Changi di Singapura.
Pulau Tioman terdiri daripada 4 kampung yang utama, dan yang paling besar serta ramai yang mendudukinya di pulau tersebut adalah Kampung Tekek yang terletak di bahagian utara pulau. Selain daripada Kampung Tekek, terdapat juga Kampung Juara, Kampung Salang dan Kampung Air Batang.
Alamilah kecantikan Pulau Tioman dengan memilih salah satu daripada beberapa pakej Pulau Tioman yang disediakan oleh pihak kami. Ianya pasti memberikan kepuasan kepada anda.
Untuk Pertanyaan Tentang Pulau Tioman : 017-7473734 (Johan Rafi)
No comments:
Post a Comment